Sunday, September 21, 2008

Wei Yip Exhaust! wtf!!!!

Salam,

ada yg mungkin tak tau, ejos hks superdragger aku is up to sale. and time tu jugak ada buyer nak. rege bukak rm350 . takde nego2 terus confirm amik je. so, aku tgh siap2kan bungkusan utk pos ke kelantan. sementara tu, aku pinjam ejos member aku. 5zigen border max 304. (thanks to bob aka silverfox).


komen bila pakai ejos nie, respon meningkat. noticable. maybe sebab aku pakai superdragger tu inlet besor sgt kot. overall memang best pakai ejos nie. CUMA satu je...... the most important this is.... bunyi dia. aduhai..... memang memekak gilew. cuba bygkan bwk kete rpm 2000 pun dh bergema satu kete. kalau bapak aku yg bwk kete nie kompomla dia marah (biasela , selalu bwk auto). then, aku pun terpaksa, diulangi terpaksa utk mencarik ejos lain...

hasilnye, lepas usha2 marketplace kt internet. kebanyakkan dia semua jenih kecik2. mostly inlet 2.3 inci dgn tip 3inci. which is sama besar dan ukuran dia dgn border nie. skip......

dok pikir2 n lastly aku pun dpt ilham utk layan ejos cap ayam serama (wei yip, tarak tipu customer). dgn berbekalkan modal rm150 aku melangkah masuk. yg penting inlet kena 1.8- 2inci. ada beberapa pilihan dgn design yg lebih kurang sama. outlet pun 2inci tp tips dia dkt 4inci. (just nice) sebab aku tak bape gemar bunyi2 rempit nie.

so, pasangla... tum tam tun tam.. setel. lebur duit aku. tunggu buyer bank in duit 25hb nie. br la leh rolling skit carik muffler lain (original tau). n then ejos nie aku juai la murah2.

k nie ada sikit video....... kasi layan....



hehehe........ stop for now..... ekekekekeke

Thursday, September 18, 2008

Dulu dan kini.....

salam...

lama tak update...

dulu
bulan lepas aku masih lg menjadi jurutera penganggur
kini
kini tidak lg...

dulu
online dlm bilik
kini
online kt opis....

dulu
lepak je kt umah family
kini
lepak kt umah bujang

dulu
dok kt ampang
kini
dok kt shah alam

dulu
bosan-bosan kt umah
kini
bosan-bosan kt opis

dulu
kete den tak laju
kini
kete den tak laju


adeh dh takde idea dh...... nie nak selitkan satu artikel yg agak menarik utk dibaca, terima takleh terima baca je....

Hidup Melayu!
Nathaniel Tan & Nik Nazmi Nik Ahmad | Sep 9, 08 8:30pm

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.

Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.

Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Nathaniel Tan merupakan pengendali blog www.jelas.info. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di www.niknazmi.com

original artikel leh baca kt sini http://www.malaysiakini.com/opinions/89389

p/s : aku bukan minat sgt bab2 politik nie tp kadang2 kita kena amik tau jugak. takdela bila org cite tu kita dok angguk jew. sekurang-kurangnya kita ada pendirian. thanks.